Kursus Jarak Jauh.


Freeport Banner Exchange

   

                                                          

Kursus-kursus yang kami anjurkan amatlah berkesan dengan adanya teknologi masa kini. Kursus-kursus ini direka khas agar anda dapat mempelajari sama seperti guru berada disisi anda dan membuat latihan-latihan bersama iringan musik yang kami sediakan. Perbezaan nya, anda dapat belajar tanpa gangguan dan mengikut jadual masa anda sendiri. Kesemua kursus ini mengandungi tiga aspek penting iaitu LIHAT, DENGAR dan BUAT.
LIHAT contoh-contoh dan gambar-rajah yang disediakan secara terperinci.

DENGAR contoh-contoh yang dimainkan oleh guru anda dan pemuzik-pemuzik profesyional yang lain.

BUAT. Anda sendiri akan memainkan contoh-contoh pelajaran dan lagu-lagu dengan iringan dram, bass dan sebagainya yang telah kami sediakan didalam "Trak Latihan" yang akan disediakan bersama sebagai bahan kursus anda.

Anda juga boleh berbincang dengan pelajar-pelajar lain atau guru anda melalui internet dilaman khas yang disediakan hanya untuk ahli dan pelajar kami sahaja. Hanya ahli dan pelajar kami sahaja yang akan diberi "kata laluan" untuk memasuki laman khas ini. Dilaman khas ini juga terdapat bahan-bahan rujukan, artikel-artikel dan perisian (software) yang mana anda boleh memuat-turun (Download) secara percuma.

FORMAT KURSUS.

Kursus Jarak Jauh ini dijalankan melalui tiga bentuk format seperti dibawah mengikut kemampuan dan kesesuaian anda.
DOWNLOAD. Setiap bulan anda akan diberi "Kata Laluan" untuk memasuki ke-laman rahsia di-internet dimana anda boleh memuat-turun (download) semua bahan-bahan pelajaran anda. Anda mestilah memiliki komputer yang mempunyai sambungan ke-internet untuk mengikuti format ini. Komputer anda juga mestilah jenis "Multi-Media".
CAKERA PADAT (CD-ROM). Semua bahan pelajaran anda terkandung didalam "CD-ROM" yang akan di-poskan kepada anda setiap bulan. Anda juga memerlukan sebuah komputer "Multi-Media" untuk mengikuti format ini. Semua pelajaran dan latihan dijalankan dengan mengunakan komputer sepenuhnya.
PITA KESET. Setiap bulan bahan pelajaran akan dikirimkan kepada anda melalui pos dan semua pelajaran menggunakan pita keset dan nota-nota. Anda tidak perlu memiliki komputer untuk mengikuti format ini dan anda hanya perlu memiliki alat pemain keset sahaja. "Trak Latihan" juga dirakamkan kedalam pita keset.
Semua peserta boleh mengulangi pelajaran secara percuma sehingga dapat menamatkan pelajaran dengan jayanya. Semua peserta juga akan diberi sijil tamat berkursus setelah berjaya menamatkan keseluruhan mata pelajaran dengan jayanya.

Buat masa ini kami menyediakan tujuh jenis kursus yang boleh anda ikuti. Sila KLIK diatas kursus yang anda minati untuk keterangan terperinci.

1. Kursus Gitar Irama (Rythmn).

2. Kursus Gitar Utama (Lead).

3. Kursus Gitar Bass.

4. Kursus Keyboard.

5. Kursus Mencipta Lagu.

6. Kursus Rakaman Digital.

7. Kursus Vokal (Nyanyian).

8. Kursus Memprogram MIDI.

PERCUMA untuk semua peserta kursus kecuali kursus rakaman digital (sila lihat dibawah) bernilai RM 400/-.

Peserta yang menyertai mana-mana kursus diberi peluang untuk membuat rakaman demo sebanyak dua buah lagu secara percuma dan semua peserta bebas memilih untuk merakam sama ada nyanyian atau bermain alat muzik secara solo.

Peserta Kursus Rakaman Digital akan diberi latihan praktikal selama dua jam secara percuma.

Tawaran ini terbuka kepada peserta yang tinggal di kawasan Lembah Klang atau yang mampu hadir ke tempat kami. Tawaran ini bermula setelah anda selesai membuat pembayaran yuran untuk enam bulan.



XGEN Technologies - Banner Exchange


    HAKCIPTA TERPELIHARA. TEKNOKRAF DOT NET 2002.