Kursus Gitar Irama.


Freeport Banner Exchange

   

                                                            

Untuk melahirkan pemain gitar profesyional yang berdisiplin. Peserta akan diajar mengenai Kord secara menyeluruh, Pembentukan sesebuah Kord dan teknik petikan. Kord-kord yang akan anda pelajari termasuk Kord Major, Minor, Dominant Seventh, Major Seventh, Minor Seventh, Diminished, Augumented dan Kord "altered" dan cara yang betul untuk menggunakan kord-kord tersebut. Dan akhir sekali peserta akan dilatih dalam persediaan untuk bermain secara profesyional.

Keistimewaan kursus ini anda boleh berlatih bersama dengan muzik iringan yang kami sediakan, sama seperti memiliki kumpulan muzik anda sendiri. Setiap pelajaran akan disediakan dengan 'Trak Muzik" dimana anda hanya perlu memainkannya pada komputer atau pemain pita keset anda mengikut panduan yang kami berikan dan anda boleh bermain gitar anda bersama iringan pemuzik kami.

Keistimewaan kursus kami ialah anda belajar di-rumah dengan lebih selesa mengikut jadual masa anda sendiri, lebih seronok berlatih dengan iringan muzik kami tanpa merasa segan atau malu dan sama seperti adanya guru di-sebelah anda.

FORMAT DAN PERALATAN.

A. Memuat Turun Dari Internet (Downloads):   Anda perlu memiliki sebuah komputer "Multi-Media" yang mempunyai sambungan ke-internet dan satu gitar akostik (Gitar Kotak) atau gitar karan.

B. CD-ROM (Gayapos):   Anda perlu memiliki sebuah komputer "Multi-Media" dan satu gitar akostik (Gitar Kotak) atau gitar karan.

C. Pita Keset:   Anda perlukan sebuah pemain pita keset (sebaiknya yang mempunyai dua ruang keset, satu untuk rakaman dan satu lagi untuk memainkan keset sahaja) dan satu gitar akostik (Gitar Kotak) atau gitar karan.

YURAN.

Kursus ini memakan masa selama 12 bulan.

1. Format 'A'. Memuat turun dari internet: Yuran bulanan sebanyak RM 30/-. Bayaran untuk enam bulan sebanyak RM 150/- (Jimat sebanyak RM 60/-). Bayaran tunai RM 260/- (Jimat sebanyak RM 100/-).

2. Format 'B'. CD-ROM Gayapos. Yuran bulanan sebanyak RM 40/-. Bayaran untuk enam bulan sebanyak RM 210/- (Jimat sebanyak RM 60/-). Bayaran tunai RM 380/- (Jimat sebanyak RM 100/-).

3. Format 'C'. Pita Keset Gayapos. Yuran bulanan sebanyak RM 45/-. Bayaran untuk enam bulan sebanyak RM 240/- (Jimat sebanyak RM 60/-). Bayaran tunai RM 440/- (Jimat sebanyak RM 100/-).



XGEN Technologies - Banner Exchange


      HAKCIPTA TERPELIHARA. TEKNOKRAF DOT NET 2002.