Kursus Gitar Utama.


Freeport Banner Exchange

   

                                                            

Untuk melahirkan pemain gitar profesyional yang berdisiplin. Peserta akan diajar mengenai Skel secara menyeluruh, Pembentukan sesebuah Skel dan teknik petikan. Skel-skel yang akan anda pelajari termasuk Skel Ionian, Dorian, Phrygian, Lydian, Mixolydian, Aeolian, Locrian, Pentatonic Major, Pentatonic Minor, Skel Blues Major, Minor, Harmonic minor, Melodic Minor didalam semua nada dan cara yang betul untuk menggunakan skel tersebut. Dan akhir sekali peserta akan dilatih dalam persediaan untuk bermain secara profesyional.

Keistimewaan kursus ini anda boleh berlatih bersama dengan muzik iringan yang kami sediakan, sama seperti memiliki kumpulan muzik anda sendiri. Setiap pelajaran akan disediakan dengan 'Trak Muzik" dimana anda hanya perlu memainkannya pada komputer atau pemain pita keset anda mengikut panduan yang kami berikan dan anda boleh bermain gitar anda bersama iringan pemuzik kami.

Keistimewaan kursus kami ialah anda belajar di-rumah dengan lebih selesa mengikut jadual masa anda sendiri, lebih seronok berlatih dengan iringan muzik kami tanpa merasa segan atau malu dan sama seperti adanya guru di-sebelah anda.

FORMAT DAN PERALATAN.

A. Memuat Turun Dari Internet (Downloads):   Anda perlu memiliki sebuah komputer "Multi-Media" yang mempunyai sambungan ke-internet dan satu gitar akostik (Gitar Kotak) atau gitar karan.

B. CD-ROM (Gayapos):   Anda perlu memiliki sebuah komputer "Multi-Media" dan satu gitar akostik (Gitar Kotak) atau gitar karan.

C. Pita Keset:   Anda perlukan sebuah pemain pita keset (sebaiknya yang mempunyai dua ruang keset, satu untuk rakaman dan satu lagi untuk memainkan keset sahaja) dan satu gitar akostik (Gitar Kotak) atau gitar karan.

YURAN.

Kursus ini memakan masa selama 18 bulan.

1. Format 'A'. Memuat turun dari internet: Yuran bulanan sebanyak RM 30/-. Bayaran untuk enam bulan sebanyak RM 150/- (Jimat sebanyak RM 90/-). Bayaran tunai RM 390/- (Jimat sebanyak RM 150/-).

2. Format 'B'. CD-ROM Gayapos. Yuran bulanan sebanyak RM 40/-. Bayaran untuk enam bulan sebanyak RM 210/- (Jimat sebanyak RM 90/-). Bayaran tunai RM 570/- (Jimat sebanyak RM 150/-).

3. Format 'C'. Pita Keset Gayapos. Yuran bulanan sebanyak RM 45/-. Bayaran untuk enam bulan sebanyak RM 240/- (Jimat sebanyak RM 90/-). Bayaran tunai RM 660/- (Jimat sebanyak RM 150/-).



XGEN Technologies - Banner Exchange


      HAKCIPTA TERPELIHARA. TEKNOKRAF DOT NET 2001.