Rakaman Digital.


Freeport Banner Exchange
-

   

                                                            

Kami juga menyediakan perkhidmatan rakaman secara digital yang berasaskan perisian (Software Based Digital Recording) untuk pelbagai keperluan. Kami mengguna beberapa perisian yang terkini sepertimana yang sedang digunakan di negara-negara maju. Perkhidmatan kami adalah yang termurah di-rantau ini. Sekiranya keperluan anda tidak termasuk didalam senarai yang kami sediakan dibawah sila hubungi kami. Kami sedia berbincang dan berunding untuk memberi perkhidmatan yang terbaik semampu kami. Segala perbincangan dan perundingan adalah percuma dan anda tidak semestinya menggunakan perkhidmatan kami setelah perundingan.

RAKAMAN SECARA DIGITAL ADALAH MURAH DAN BERMUTU TINGGI. SESUAI UNTUK RAKAMAN "DEMO" ATAU MASTER CD ODIO. RAKAMAN NYANYIAN, MUSIK ATAU SYARAHAN.

Harga kami amat berpatutan dan yang termurah bersesuaian untuk produksi rakaman yang mementingkan kos. Harga yang kami kenakan bersesuaian dengan keperluan dan mengikut sesuatu projek rakaman. Dibawah ini adalah contoh kos projek rakaman yang kami pernah kendalikan.

1. Master CD termasuk rakaman, suntingan dan adunan (mixing) untuk 10 buah lagu sebanyak RM4,000/- sahaja.

2. Demo CD termasuk rakaman, suntingan dan adunan (mixing) untuk 10 buah lagu hanya sebanyak RM2,000/- sahaja.

Sila hubungi kami bagi menentukan kos yang sesuai untuk keperluan anda.


    HAKCIPTA TERPELIHARA. TEKNOKRAF DOT NET 2002.