Laman Muzik Untuk Semua.

   

                                                            

Pada tahun 2002 Teknokraf Dot Net telah memulakan satu perkhidmatan baru untuk memberi latihan dan kursus muzik mengunakan sistem belajar jarak jauh melalui internet dan juga gaya pos. Matlamat kami ialah untuk melahirkan bakat-bakat yang berpotensi memandangkan bidang ini telah menjadi satu kerjaya yang dapat memberi pendapatan yang lumayan.
Jay Risma  merupakan seorang pemuzik dan penghibur yang telah banyak membuat persembahan diseluruh tanahair termasuk Thailand. Pernah bekerja untuk "LIFE Records" sebagai Penerbit, Pencipta dan penggubah lagu dan juga sebagai ahli kumpulan "Band Freelife" yang mengiringi rakaman artis-artis "Life Records" pada tahun 70an. Sekarang disamping menyalurkan pengalaman nya melalui kursus-kursus yang di-anjurkan oleh "Teknokraf Dot Net" beliau juga menjadi pemimpin dan pemuzik untuk kumpulan "Revival" yang ditubuhi nya.
Rakaman Digital. Kami juga menyediakan beberapa pakej perkhidmatan rakaman digital untuk semua keperluan rakaman yang bermutu dengan harga yang murah dan amat berpatutan sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Rakaman ini sesuai untuk penyanyi, kumpulan muzik, pemuzik perseorangan dan ucapan-ucapan untuk dirakam kedalam "CD" untuk tujuan "Demo" atau "Master CD". Sekarang anda tidak lagi perlu berbelanja besar untuk membuat rakaman yang berkualiti tinggi. Setiap peserta yang mengikuti kursus anjuran kami akan diberi peluang untuk membuat rakaman secara percuma sebagai Bonos dan juga akan diberi potongan harga yang istemewa untuk rakaman seterusnya. Sila rujuk dilaman "Kursus Jarak Jauh".
Artikel Dan Pelajaran Percuma. Selain itu, kami turut mamberi pelbagai artikel dan pelajaran secara percuma. Artikel dan pelajaran ini dapat membawa banyak manfaat yang berguna kepada pengunjung yang mengunjungi lawan web kami.Setiap artikel serta bahan-bahan baru akan ditambah pada setiap bulan supaya pengunjung dapat menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada. Kepada pengguna yang berminat dengan tawaran ini, bolehlah merujuk kepada halaman "Artikel Percuma". Kusus dan bengkel secara langsung bagi peserta yang tinggal di sekitar Lembah Klang atau peserta yang dapat menghadirkan diri ke tempat kami akan diadakan tidak lama lagi.Segala keterangan lanjut akan diberitahu melalui laman web ini.



XGEN Technologies - Banner Exchange


      HAK CIPTA TERPELIHARA:  TEKNOKRAF DOT NET 2002.