Kursus Rakaman Digital.


Freeport Banner Exchange
-

   

                                                            

Rakaman secara Digital kini menjadi semakin popular kerana kos yang murah untuk menerbitkan sesebuah Demo, Album atau jingle untuk iklan. Peserta akan belajar secara menyeluruh mengendali rakaman sesebuah album dari mula hingga siap: Bermula dengan persediaan, dapatkan bunyi asas, merakam trak rythmn atau trak asas, dabing, mengadun, dan membuat suntingan (Edit) sehinggalah kepada siapnya 'CD induk' (Master). Peserta akan belajar menggunakan fail Midi, Wav, MP3 dan fail odio yang lain. Membina sebuah studio rakaman digital kepunyaan anda sendiri samada dirumah atau di-tempat lain. Kursus ini berasaskan rakaman digital dengan penggunaan perisian (Software Based).

FORMAT DAN PERALATAN.

A. Memuat Turun Dari Internet (Downloads):   Anda perlu memiliki sebuah komputer "Multi-Media" yang mempunyai sambungan ke-internet.

B. CD-ROM (Gayapos):   Anda perlu memiliki sebuah komputer "Multi-Media".

YURAN.

Kursus ini memakan masa selama 6 bulan.

1. Format 'A'. Memuat turun dari internet: Yuran bulanan sebanyak RM 80/-. Bayaran tunai RM 420/- (Jimat sebanyak RM 60/-).

2. Format 'B'. CD-ROM Gayapos. Yuran bulanan sebanyak RM 90/-. Bayaran tunai RM 480/- (Jimat sebanyak RM 60/-).



XGEN Technologies - Banner Exchange


      HAKCIPTA TERPELIHARA. TEKNOKRAF DOT NET 2002.