Kursus Mencipta Lagu.


Freeport Banner Exchange

   

                                                            

Untuk melahirkan pencipta-pencipta baru yang dapat memperkayakan lagi koleksi khazanah seni negara. Peserta akan diajar teknik-teknik untuk mencipta lagu dan cara mendapatkan ilham. Lagu mengikut mood dan suasana. Peserta juga akan mempelajari tiori muzik, persediaan lagu untuk pasaran dan penerbitan.

Keistimewaan kursus ini anda boleh berlatih mengunakan muzik iringan dan contoh-contoh yang kami sediakan. Setiap pelajaran akan disediakan dengan 'Trak Muzik" dimana anda hanya perlu memainkannya pada komputer atau pemain pita keset anda mengikut panduan yang kami berikan..

Keistimewaan kursus kami ialah anda belajar di-rumah dengan lebih selesa mengikut jadual masa anda sendiri, sama seperti adanya guru di-sebelah anda.

FORMAT DAN PERALATAN.

A. Memuat Turun Dari Internet (Downloads):   Anda perlu memiliki sebuah komputer "Multi-Media" yang mempunyai sambungan ke-internet. Alat muzik jika ada tetapi tidak perlu sebab kami sediakan perisian komputer khas untuk kegunaan anda.

B. CD-ROM (Gayapos):   Anda perlu memiliki sebuah komputer "Multi-Media". Alat muzik jika ada tetapi tidak perlu sebab kami sediakan perisian komputer khas untuk kegunaan anda.

C. Pita Keset:   Anda perlukan sebuah pemain pita keset (sebaiknya yang mempunyai dua ruang keset, satu untuk rakaman dan satu lagi untuk memainkan keset sahaja). Dan sebarang alat muzik.

YURAN.

Kursus ini memakan masa selama 6 bulan.

1. Format 'A'. Memuat turun dari internet: Yuran bulanan sebanyak RM 50/-. Bayaran tunai RM 250/- (Jimat sebanyak RM 50/-).

2. Format 'B'. CD-ROM Gayapos. Yuran bulanan sebanyak RM 65/-. Bayaran tunai RM 340/- (Jimat sebanyak RM 50/-).

3. Format 'C'. Pita Keset Gayapos. Yuran bulanan sebanyak RM 65/-. Bayaran tunai RM 340/- (Jimat sebanyak RM 50/-).



XGEN Technologies - Banner Exchange


      HAKCIPTA TERPELIHARA. TEKNOKRAF DOT NET 2002.