Perbandingan Antara Rakaman Digital dan Analog.

   

                                                            

PEBANDINGAN ANTARA RAKAMAN DIGITAL DAN SISTEM RAKAMAN ANALOG.

Pada awal 90an, sistem rakaman terus ke-disk (Direct-to-disk recording) telah mula menjadi kenyataan dan dapat digunakan oleh mereka yang mempunyai PC atau macintosh dengan cakera keras bermuatan besar.

Kad bunyi digital (Digital sound cards) mudah didapati dengan harga yang makin menurun. Bukan setakat itu sahaja, sebagai satu sistem yang tidak berturutan (non-linear) anda boleh terus kemana-mana titik atau posisi

didalam rakaman tidak seperti sistem analog yang menggunakan pita rakaman dimana anda perlu memutar kehadapan atau kebelakang untuk membuat suntingan atau main-semula.

Perbezaan nya, sistem rakaman terus ke-disk menggunakan komputer hanya menyediakan dua output untuk diadun ke-satu output stereo kecuali sistem yang lebih maju yang munggunakan pakej hardware dan software seperti "Pro-Tools", "Cubase VST" atau "Cool Edit Pro". Kami menggunakan software "Cubase VST" dan "Cool Edit Pro".

Dari sudut pandangan sesebuah studio rakaman komirsil atau studio dirumah yang telah lama bertapak, kelebihan yang ada ialah senang bagi mereka untuk menukar sambungan dari mesin analog ke-mesin digital. Peluang nya ialah kesemua tahap input dan output mempunyai persamaan dan cara penyelenggaraan yang hampir sama seperti butang kawalan rakaman, meter rakaman dan sistem monitor.

Tetapi kelebihan rakaman secara digital berbanding dengan rakaman secara analog yang menggunakan pita lebih menyerlah. Rakaman secara digital menawarkan mutu rakaman yang lebih baik, kurang gangguan bunyi, format mesin pita yang lebih selesa dan alat kawalan dan suntingan yang lebih tepat.Sebenarnya kemajuan yang dibawa oleh sistem rakaman digital ini amat menyerlah, tiada kehilangan mutu walau dipadam dan dirakam semula beribu kali sekali pun.